

Duka
Mengapa telaga bahagia sukar untuk ditimba?
Tawa..
Kerana penimba terlalu cetek untuk kesetiaan
Tawa
Mengapa sungai kasih sayang tetap mengalir walaupun dicemari kekecewaan?
Duka..
Kerana kasih sayang tak akan dikebumikan walaupun maut melamar
Tawa
Andainya telah pupus puisi tawa adakah syair sendu akan bergema?
Duka..
Selagi ada senyum dalam tawa
Dan selagi ada tangis dalam sendu
Maka puisi dan syair
Akan belagu, akan mendayu, akan merintih dengan syahdu.
No comments:
Post a Comment